Pages

KHB

Ujian Topikal 2 
Tingkatan 2
Tajuk :
Elektronik
Masakan
Lukisan Teknik
Perkebunan
Jahitan
Pengurusan Sajian

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU.
TUJUAN : MENINGKATKAN PSIKOMOTOR PELAJAR. GAYA PEMBELAJARAN KINESTATIK. PELAJAR LEBIH AKTIF BERGERAK. PELAJAR YANG AKTIF BERGERAK MINDA LEBIH CERGAS DARIPADA HANYA DUDUK MENDENGAR.

PENGENALAN KHB  SECARA RINGKAS DI SMSAH
Senarai Guru KHB

1. Puan Fauziah Mohamed Said 
2. Puan Suriana Ahmad
3. Puan Sharifah Azlina Syed Abdullah
4. Encik Sallehudin Ayub
5. Encik Azizi


Terdapat 2 Pembahagian Elektif di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra Kedah.
1.  Kemahiran Teknikal
2.  Kemahiran Ekonomi Rumah Tangga.

Bahagian teras adalah bahagian yang dipelajari oleh setiap elektif.

KHB 2011 Alhamdulillah   100% dapat A... Tahniah. Pelajar form 3 2012 harap dapat meneruskan Kejayaan ini.


Pengajaran dan Pembelajaran KHB ERT



1.                  1.             Rancangan pengajaran melibatkan pembelajaran kooperatif.
Mata Pelajaran  :           Kemahiran Hidup Bersepadu.
Tingkatan                      :           1 Arif
Masa                            :           10.40 – 12.00 ( 80 Minit )
Bilangan murid  :           20 Orang
Tajuk                            :           Reka Bentuk dan Penghasilan Projek.
Sub Tajuk                     :           Alatan Tangan dan Mesin.
Hasil Pembelajaran        :           Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1.     Mengenalpasti nama dan fungsi mesin gerudi.
2.     Mengenalpasti bahagian utama mesin gerudi
3.     Mengenalpasti mata gerudi pintal yang diperlukan untuk mesin mudah alih dan mesin gerudi lantai.
4.     Mengguna dan menyenggara mesin gerudi
Pengetahuan sedia ada pelajar telah menguasai :-
1.     Definisi reka bentuk dan teknologi
2.     Faktor utama reka bentuk
3.     Saiz dan sifat bahan
4.     Kekuatan dan kelemahan bahan.
Kemahiran berfikir : Menjana idea, mencirikan, menghubungkait, mensistensis.
BBM                             :           Mesin gerudi tangan, mesin gerudi lantai, mata gerudi pintal,
kertas perbincangan, soalan pengukuhan, buku teks.
ABM                             :           Papan tulis, komputer.
Nilai Murni                     :           Bekerjasama, berani mencuba, bertanggungjawab.
Langkah /Masa
Objektif
Pembelajaran
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Proses menggerudi: Proses membuat lubang ada kayu atau logam lembut.
Guru menunjukkan gambar seseorang sedang menggerudi dan menyoal pelajar apa yang sedang dilakukan oleh orang dalam gambar tersebut.r
BBM:-           
Gambar orang sedang menggerudi .
KBKK :
Menjana idea
Nilai Murni :
Bekerjasama.

Langkah 1
(10 minit)




                  
Mengkategorikan  jenis mesin mudah alih, mesin gerudi lantai dan mata gerudi pintal.
Mesin gerudi mudah alih .
1. Nama dan fungsi
2. Jenis mesin gerudi mudah alih, gerudi lantai
3. Bahagian utama mesin.
4. Mengenali mata gerudi pintal.
Aktiviti 1:
Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu kertas soalan berstruktur yang mengandungi setiap jenis mesin dan mata gerudi. Pelajar dibenarkan mencari jawapan daripada buku teks.

BBM :
Kertas soalan
Buku teks.
KBKK :
Menjana idea.
Menghubung kait
Nilai murni :
Membantu

Langkah 2
(15 minit)


Mengenalpasti nama dan fungsi mesin mudah alih
-Berwayar
-Tanpa wayar.
Mengenali :-Mesin gerudi mudah alih
- Nama dan fungsi mesin
- Bahagian utama mesin
- Mengguna dan menyenggara mesin
- Langkah keselamatan

Aktiviti 2 :
Guru membincangkan jawapan sambil menunjukkan mesin gerudi tersebut kepada pelajar dan mendemonstrasikan cara penggunaan.Terangkan langkah keselamatan

Mencuba penggunaan gerudi tersebut dalam kumpulan.Ambil

Meminta pelajar menyimpan semula dengan cara yang betul tunjukcara oleh guru.


BBM :
Kertas jawapan
Bahan maujud – mesin gerudi mudah alih
Papan terpakai.
Buku teks.
KBKK
Mengesahkan sumber maklumat.
Nilai murni :
Kerjasama
Disiplin
Keselamatan

Langkah 3
(20 Minit)
Mengenalpasti nama dan fungsi mesin gerudi lantai serta cara menyelenggarakannya.
Mengenali :-Mesin gerudi lantai
- Nama dan fungsi mesin
- Bahagian utama mesin
- Cara penggunaan dan menyenggara mesin
 - Langkah keselamatan
Aktiviti 3:
Guru membincangkan jawapan sambil menunjukkan mesin gerudi lantai dan menerangkan langkah keselamatan penggunaan mesin gerudi lantai.

Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mencuba penggunaan mesin gerudi lantai.
Demonstrasi cara penggunaan kepada pelajar sambil menyebut kembali bahagian dan fungsi pada mesin.
Pelajar mencuba mengikut kumpulan.

Guru sentiasa mengingatkan pelajar supaya berhati-hati mengaplikasikan penggunaan mesin ini.
Pelajar diarahkan berhenti dan selenggarakan mesin gerudi lantai dengan tunjukcara oleh guru.

BBM :
Kertas jawapan
Bahan maujud – mesin gerudi lantai.
Papan terpakai.
Buku teks.
KBKK
Mengesahkan sumber maklumat.
Nilai murni :
Kerjasama
Disiplin
Keselamatan
Langkah 4
(15 Minit)
Mengenalpasti
mata gerudi pintal
untuk mesin gerudi mudah alih dan gerudi lantai.
Penggunaan mata gerudi pintal.
Menyatakan bahawa mata gerudi diperbuat daripada keluli.
Menyatakan saiz mata gerudi pintal mengikut keperluan.
Aktiviti 4
Menunjukkan kepada pelajar bahan maujud.
Merujuk kepada jawapan pelajar.

Demonstrasi kepada  pelajar cara pemasangan mata gerudi pintal kepada mesin gerudi mudah alih dan mesin gerudi lantai.

- Memberikan peluang kepada pelajar memasang bersama-sama mengikut kumpulan.

BBM :
Kertas jawapan
Bahan maujud – mata gerudi pintal.
Buku teks.
KBKK
Mengesahkan sumber maklumat.
Nilai murni :
Kerjasama
Berdikari
Langkah 5
Penilaian
(5minit)
Pengukuhan

Guru menyebut sesuatu bahagian dan pelajar mennunjukkan bahagian tersebut serta menyatakan fungsinya.
BBM:
Mesin gerudi mudah alih dan mesin gerudi lantai.
KBKK:
Menerangkan fungsi/sebab.
Nilai murni :
Rasional

Langkah 6
(5minit)
Rumusan

Guru menyatakan bahawa mesin-mesin tersebut akan digunakan oleh pelajar semasa topik rekabentuk dan penghasilan projek.
Akhir sekali pelajar hendaklah menyediakan nota mengenai mesin dan melukis berpandukan buku teks.










2.         Rancangan pengajaran melibatkan pembelajaran ‘Concept Attainment Model’.
Mata Pelajaran  :           Kemahiran Hidup Bersepadu.
Tingkatan                      :           1 Elit
Masa                            :           7.30 – 8.10  ( 40 Minit )
Bilangan murid  :           22 Orang
Tajuk                            :           Kuih Tempatan
Sub Tajuk                     :           Sumber Dan Jenis Kuih Tempatan.
Hasil Pembelajaran        :           Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1.     Menerangkan pengertian kuih tempatan.
2.     Mengklasifikasi sumber kuih tempatan
3.     Menyesuaikan jenis kuih tempatan dan sumbernya
4.     Membandingkan jenis kuih dan cara penyediaannya
Pengetahuan sedia ada pelajar telah menguasai :-
1.     Pelajar telah mempelajari mengenai pemakanan dan diet seimbang.
2.     Tubuh badan yang sihat terhasil dari pemakanan yang baik.
3.     Kaedah memasak dengan haba kering dan haba lembap
Kemahiran berfikir : Mencirikan, membanding dan membeza, mensistensis.
BBM                             :           Bahan maujud, gambar sumber tempatan (yang sukar di dapati), jenis kuih tempatan ( yang bersesuaian
dan mudah di dapati), gambar kuih tempatan ( yang sukar di dapati),

ABM                             :           Papan tulis
Nilai Murni                     :           Bekerjasama, bersyukur.

Langkah /Masa
Objektif
Pembelajaran
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(3 minit)

Mengimbaskan kembali topik pemakanan seimbang.
Guru menunjukkan gambar piramid makanan dan pelajar menyatakan empat aras berasaskan kandungan nutrien.




BBM:-           
Gambar piramid makanan.
KBKK :
Mengkategori
Nilai Murni :
Kesederhanaan.
Langkah 1
(10 minit)




                  
Fasa 1
Menunjukkan contoh

1. Guru menerangkan aktiviti yang hendak dilakukan. Setiap pelajar mesti menyatakan satu konsep kepada apa yang ditunjukkan.
2. Guru menunjukkan contoh bahan maujud bermula dengan : contoh dan bukan contoh
(‘example and non examples’)
Guru mengeluarkan bahan maujud ‘example’ terlebih dahulu.
( Seperti Lampiran ).
3.   Pelajar dikehendaki membuat hipotesis kepada setiap bahan dan gambar yang ditunjukkan.
( Seperti Lampiran ).



BBM :
Kertas
KBKK :
Menjana idea.
Membanding beza.
Nilai murni :
Rasional


Langkah 2
(10 minit)


Fasa 2
Analisis Hipotes.

Pelajar menyatakan hipotesis yang bersesuaian mengikut jenis contoh dan bukan contoh yang ditunjukkan.
1. Pelajar menganalisa hipotesis dalam fasa 1.
2. Hipotesis fasa 1 samada diterima atau tidak atau di ubahsuai.
3. Pelajar menyenaraikan hipotesis. ( Contoh dalam lampiran )
BBM :
Bahan contoh dan bukan contoh.
KBKK
Membuat inferens
Nilai murni :
Kejujuran

Langkah 3
( 8 minit )
Fasa 3
Penutup
Pelajar memahami konsep yang akan dinyatakan.

1.  Pelajar menyatakan ciri-ciri bahan tempatan dan mendefinisikannya.Guru turut bersama mengukuhkan.
Pengertian : Kuih tempatan boleh digunakan untuk membuat kuih-muih tradisional bagi mengembangkan budaya dan warisan sesuatu bangsa.
BBM :
Bahan contoh dan bukan contoh.
KBKK
Mencirikan
Nilai murni :
Kejujuran
Kesyukuran

Langkah 4
( 4 minit )
Aplikasi

Mengaitkan dengan jenis kuih yang boleh dimasak dengan meggunakan bahan tempatan tersebut.
1. Pelajar diberikan jadual (seperti lampiran) dan menyesuaikan dengan kuih muih yang bersesuaian.
Dengan ini pelajar dapat memahami konsep bahan tempatan dan jenis kuih-muih yang sesuai.
Lampiran diberikan kepada pelajar untuk menyatakan jenis kuih=muih dan jenis masakan.Pelajar dibenarkan berbincang.
BBM :
Bahan contoh dan bukan contoh.
KBKK
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan.
Nilai murni :
Bekerjasama.







Langkah 5
( 3 minit )
Penilaian
Menyatakan jawapan dari aplikasi.
Guru memilih beberapa orang pelajar secara rawak dan membaca jawapan mereka.
BBM :
Buku teks
KBKK
Mengkategorikan
Nilai murni :
Bekerjasama.
Keadilan

Langkah 6
( 2 minit )
Penutup

Guru membuat pengukuhan bahawa Malaysia mempunyai banyak tanaman tempatan yang boleh digunakan untuk dikomersialkan sebagai kuih-muih. Boleh dijadikan satu perniagaan.

BBM :
Buku teks
KBKK
Berfikiran kritis dan kreatif.
Nilai murni :
Berdikari











Konsep : Pemakanan yang mudah di dapati di Malaysia
     Lampiran Bahan maujud dan gambar contoh dan bukan contoh (‘examples  and non examples’).
Aturan
 Contoh
Jenis Contoh
Bukan Contoh
Aturan
Jenis Contoh
1
Tepung beras
Bahan maujud
Tepung gandum
2
Bahan maujud
3
Tepung beras pulut
Bahan maujud
Tepung kek / Tepung Farro dari Italy  (Gambar)
4
Bahan maujud
5
Tepung pulut
Bahan maujud
Tepung Belgian
6
Gambar
7
Pisang
Bahan maujud
Epal
8
Bahan maujud
9
Ubikayu
Gambar
Limau
10
Bahan maujud
11
Keledek
Bahan maujud
Jagung
12
Bahan maujud
13
Keladi
Bahan maujud
Jambu
14
Bahan maujud
15
Kelapa
Gambar
Tembikai
16
Bahan maujud
17
Gula Melaka
Bahan maujud
Pippli dry fruits.
18
Gambar

     Contoh Hipotesis : Idea daripada pelajar.
Hipotesis Contoh
Hipotesis Bukan Contoh
Makanan ruji rakyat Malaysia
Sering digunakan tetapi tidak ditanam di Malaysia
Campuran beras dan pulut juga ditanam di Malaysia
Bahan yang diimport
Pulut sahaja.
Tepung dari Belgium
Pokok yang ditanam buahnya boleh dibuat kuih, daunnya boleh diguna sebagai pembalut makanan.
Tidak di tanam di Malaysia. Buah yang diimport
Makanan orang dahulu kala, sedap dibuat kerepek ubi
Banyak dijual untuk di makan ia diimport
Keledek mudah didapati dikampung-kampung.
Tidak sesuai digunakan untuk membuat kuih-muih
Boleh dibuat kuih keladi
Tidak digunakan untuk membuat kuih-muih
Ada santan, mudah didapati dan banyak kegunaan.
Sedap dimakan rasanya manis, sebagai pencuci mulut
Mudah di dapati di Melaka.
Tidak terdapat di Malaysia, terdapat di India.


Jenis Bahan Tempatan
Contoh Kuih-Muih
Cara Masakan
Tepung beras


Tepung beras pulut


Tepung pulut


Pisang


Ubikayu


Keledek


Keladi


Kelapa


Gula Melaka



Jenis masakan.
Sesuaikan dengan bahan di atas :
Menggoreng
Merebus
Membakar
Mengukus
      Boleh dinyatakan lebih dari satu :
Jenis Kuih-muih
Sesuaikan dengan bahan di atas :
Lepat                     Talam keladi                       Buah melaka
Lempeng             Lompang                             Kuih Kosui
Bingka                   Kuih lapis                             Onde-onde
Kuih keladi          Tepung pelita
Cucur badak       Pulut Panggang




















                                           Pippli dry fruits from India.







3.         Rancangan pengajaran melibatkan pembelajaran “The Direct Instruction Model”
Mata Pelajaran  :           Kemahiran Hidup Bersepadu.
Tingkatan                      :           2 Bestari
Masa                            :           12.40 – 2.00  ( 80 Minit )
Bilangan murid  :           20 Orang
Tajuk                            :           Lukisan Teknik
Sub Tajuk                     :           Alatan lukisan, Jenis garisan dan Unjuran Ortografik
Hasil Pembelajaran        :           Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1.     Mengenalpasti nama dan penggunaan alatan lukisan teknik.
2.     Melukis pelbagai garisan dengan menggunakan alatan lukisan yang sesuai.
3.     Mereka bentuk  lukisan bulatan, segi empat dan segi tiga menggunakan alatan lukisan teknik.
4.     Membina lukisan unjuran ortografik.
5.     Mendimensi lukisan unjuran ortografik.
Pengetahuan sedia ada pelajar telah menguasai :-
1.     Pelajar telah mempelajari mengenai lukisan oblik dan isometrik
2.     Pernah melukis unjuran untuk lukisan perspektif
3.     Telah mempunyai kemahiran penggunaan alatan geometri.
Kemahiran berfikir         :           Kritis dan kreatif, , rasional, membuat ramalan, mengklasifikasikan, membanding dan    
Membeza, penyelesaian masalah
BBM                             :           Bahan maujud, gambar lukisan, alatan lukisan teknik, lembaran lukisan oblik dan lembaran nota.

ABM                             :           Papan tulis.
Nilai Murni                     :           Disiplin, Rasional, Kerajinan.
Langkah /Masa
Objektif
Pembelajaran
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

Pengenalan lukisan teknik :
Ia megikut spesifikasi yang tepat dan sistematik.
Digunakan dalam bidang kejuruteraan sebelum sesuatu projek dihasilkan.

Guru menyoal pelajar mengenai seni lukisan.
Apakah yang diperlukan dalam seni lukisan.
Membezakan antara seni lukisan dan lukisan teknikal.
Menyatakan konsep lukisan teknik.
BBM:-           
Contoh lukisan pemandangan.
KBKK :
Kreatif.
Nilai Murni :
Membanding dan membeza.
Langkah 1
(10 minit)




                  
Mengenalpasti nama dan penggunaan alatan lukisan teknik.
Jenis alatan :
Pensel, pembaris, pemadam, papan lukisan, sesiku T, sesiku set, jangka lukis, jangka tolok, kertas lukisan, kertas grid dan kertas isogrid.

Guru menyoal pelajar mengenai peralatan lukisan dan peralatan geometri yang pernah digunakan ?
Pelajar akan menjawab mengenai jenis peralatan yang pernah digunakan mereka.
Guru mengukuhkan jawapan : menyatakan peralatan yang akan dipelajari di dalam lukisan teknik sambil menunjukkan bahan maujud.


BBM :
Bahan maujud
KBKK :
Mengklasifikasikan
Nilai murni :
Rasional


Langkah 2
(10 minit)


Melukis pelbagai garisan dengan menggunakan alatan lukisan teknik.
Melukis jenis-jenis garisan:-
Garisan binaan, garisan objek, garisan tersembunyi, garisan penengah, garisan dimensi.

Guru mempamerkan jenis garisan (power point).
Pelajar membina garisan di atas kertas lukisan mengikut gred penggunaan pensel dan kesesuaiannya di dalam buku nota.
BBM :
Slide pelbagai garisan
KBKK
Membanding dan membeza.
Nilai murni :
Kejujuran, Rasional.



Langkah 3
( 12 minit )
Mereka bentuk lukisan bulatan segi empat dan segi tiga.
Melukis bulatan, segi empat dan segi tiga hendaklah menggunakan peralatan yang betul.
Guru menunjukkan cara melukis bulatan, segi empat, dan segi tiga dengan menggunakan peralatan lukisan teknik.
Pelajar dikehendaki melukis bentuk-bentuk tersebut di dalam buku nota.
BBM :
Alatan lukisan dan kertas lukisan.
KBKK
Membanding dan membeza.
Nilai murni :
Kerjasama

Langkah 4
( 25  minit)
Membina lukisan unjuran ortografik
Melukis unjuran ortografik, konsep ortografik.
-Plan
-Pandangan sisi
-Pandangan hadapan
-Pandangan sisi
Guru menerangkan mengenai konsep pembinaan lukisan orgtografik (seperti di dalam lampiran). Bermula dari pelan (pandangan atas), pandangan hadapan dan pandangan sisi.
Mengedarkan 3 buah lukisan oblik kepada pelajar.
Guru memilih satu untuk ditunjukkan cara bagaimana. Pelajar dikehendaki melukis bersama-sama. Mengikut aturan :
1. Melukis plan ( Pandangan dari atas )
2. Sudut 45°
3. Membuat pandangan sisi.
4. Membuat pandangan hadapan.


BBM :
Alatan lukisan dan kertas lukisan.
KBKK
Kritis dan kreatif
Nilai murni :
Kebersihan
Patuh
Langkah 5
( 10 minit )
Mendimensi lukisan unjuran ortografik
Proses memberi ukuran sesuatu objek.
Dimensi yang dibuat hendaklah mudah dibaca dan pada pandangan yang mempunyai maklumat.
Guru mengarahkan pelajar membuat dimensi dengan cara yang ditunjukkan. Pengukuran mestilah betul dan tepat

BBM :
Alatan lukisan.
KBKK
Penyelesaian masalah
Nilai murni :
Patuh




Langkah 6
(  5 minit )
Pengukuhan

Guru membuat pop kuiz ?
1. Apakah jenis alatan lukisan teknik? sebutkan.
2. Nyatakan garisan yang terdapat dalam lukisan teknik ?
3. Apakah pandangan yang terdapat dalam lukisan teknik ?
4. Bagaimanakah melukis bulatan, segitiga dan segi empat?
5. Cara membuat dimensi ?
BBM :
Nota edaran
KBKK
Berfikiran kritis.
Nilai murni :
Berpengetahuan

Langkah 7
( 3 minit )
Penutup
Tugasan memantapkan cara melukis lukisan ortografik.
Guru menyatakan lukisan oblik yang diberikan mestilah dilukis mengikut konsep ortografik sebagai tugasan dan perlu dihantar pada kelas akan datang.

BBM :
Lukisan oblik
KBKK
Berfikiran kritis dan kreatif.
Nilai murni :
Berdikari

























4.         Rancangan pengajaran melibatkan pembelajaran konstruktivisme.
Mata Pelajaran  :           Kemahiran Hidup Bersepadu.
Tingkatan                      :           3 Dinamik
Masa                            :           8.50 – 9.30  ( 80 Minit )
Bilangan murid  :           22 Orang
Tajuk                            :           Reka Cipta
Sub Tajuk                     :           Membina Projek reka cipta.
Hasil Pembelajaran        :           Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:
1.     Menyenaraikan idea pengenalpastian masalah.
2.     Mengenalpasti kaedah pengumpulan maklumat dan data.
3.     Menganalisa data – Membuat 3 lakaran idea penyelesaian masalah.
4.     Mengkaji pemilihan idea – berdasarkan faktor –faktor pemilihan idea..
Pengetahuan sedia ada pelajar telah menguasai :-
1.     Pelajar dipengaruhi kehidupan semasa.
2.     Pelajar telah mempelajari topik reka bentuk dan penghasilan projek semasa tingkatan 2.
3.     Pelajar telah mengetahui bagaimana hendak membina lukisan.
Kemahiran berfikir         :           Menjana kemungkinan Idea, kritis dan kreatif, kecerdasan imaginasi, menganalisis dan mensintesis,  
menghargai alam sekitar.
BBM                             :           Bahan maujud, gambar model reka cipta, gambar ( gambaran sesuatu keadaan bagi penyelesaian
masalah), contoh lakaran.

ABM                             :           Papan tulis, komputer.
Nilai Murni                     :           Rasional, kerajinan, kerjasama, berdikari, kesyukuran, kebebasan, kreatif
Langkah /Masa
Objektif
Pembelajaran
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)


Guru menunjukkan gambar-gambar seperti rak buku, tempat alat tulis, kereta, basikal, komputer, telefon. 
Pelajar mengaitkan dengan alam persekitaran dan pengalaman mereka.

BBM:-           
Bahan maujud dan Gambar – Power point.
KBKK :
Membuat ramalan.
Nilai Murni :
Menghargai alam sekitar
Langkah 1
(10 minit)




                  

Pengenalan topik :
Proses reka cipta perlu dilakukan untuk menghasilkan produk baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu produk.
- Wujudnya inovasi, kreatif dan inventif.

Guru meminta pelajar menceritakan bagaimana terjadinya sesuatu reka cipta. Kenapa dan bagaimana. Apa yang terjadi.
Guru turut menunjukkan gambar komputer lama
(desk top) dan notebook. Minta pelajar bezakan mengapa.Sebutkan apakah lagi pembaharuan yang mereka nampak.
Guru mengaitkan dengan pengenalan topik dan langkah mereka cipta ;
1. Pengenalpastian masalah
2. Pemilihan idea
3. Perekaan projek
4. Pemilihan reka bentuk
5. Perancangan projek dan pembinaan projek.
6. Pembinaan, pengujian produk dan pengubahsuaian.
7. Pendokumentasian reka cipta.
Catatan : Pelajar akan mempelajari terlebih dahulu dari 1 hingga 4.


BBM :
Gambar dan bahan maujud
KBKK :
Mengklasifikasikan
Nilai murni :
Rasional


Langkah 2
(12 minit)


Menyenaraikan idea pengenalpastian masalah
Pelajar diminta menyenaraikan pengenalpastian masalah.
Apabila manusia menghadapi sesuatu masalah atau keperluan, manusia akan bertindak mengatasinya.
Aktiviti 1 ;
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.
Bagi membincangkan mengenai pengenalpastian masalah. Idea bebas.
Pelajar mengimbas kembali masalah yang mereka hadapi dan mengaitkan dengan topik pengenalpastian masalah. Menyepadukan imaginasi mereka kemudian :
Menyatakan masalah dengan tepat dan mudah menjurus ke arah penyelesaian masalah.
Contoh : Dilampirkan

BBM :
Slide menunjukkan contoh masalah yang dihadapi (rujuk lampiran)
KBKK
Kecerdasan imaginasi.
Nilai murni :
Bekerjasama


Langkah 3
( 15 minit )
Mengenalpasti kaedah pengumpulan maklumat dan data
Membuat pengumpulan maklumat dan data untuk menyelesaikan masalah dengan bijak dan berkesan.
Aktiviti 2 ;
Berdasarkan pengenalpastian masalah, pelajar dalam setiap kumpulan membincangkan dan sumbang saran mengenai kaedah untuk mengumpul maklumat dan data.
1.  Pengalaman sendiri
2. Pemerhatian
3. Lawatan
4. Pembacaan dan rujukan
5. Soal selidik
Pelajar menyatakan cara untuk mengumpul maklumat. Guru menerangkan cara membuat analisis dan menambahkan alternatif penyelesaian masalah antaranya pembacaan, berfikiran lateral, bakat semulajadi dan galakan pihak tertentu.







BBM :
Buku teks.
KBKK
Mengklasifikasi & mensintesis.
Nilai murni :
Rasional.

Langkah 4
( 15 minit)
Menganalisis data dan membuat 3 lakaran idea penyelesaian masalah
Persembahan reka bentuk membuat lakaran bebas.
Aktiviti 3 ;
Pelajar membuat analisa data dan kemudian memilih satu reka bentuk.
Mempersembahkan reka bentuk tersebut dengan membuat lakaran bebas.
Pelajar dikehendaki membuat 3 lakaran. Boleh merujuk kepada bentuk yang pernah dilihat oleh pelajar dan diinovasikan.

BBM :
Kertas A4 untuk membuat lakaran.
KBKK
Kritis dan kreatif
Nilai murni :
Kreatif.

Langkah 5
( 12 minit )
Mengkaji pemilihan idea – berdasarkan faktor –faktor pemilihan idea.
Pemilihan idea merujuk kepada proses memilih satu reka bentuk.
Faktor pemilihan idea.
Merujuk kepada lakaran pilih satu reka bentuk. Berdasarkan faktor pemilihan idea :
Perbincangan dan sumbang saran bersama guru : Merujuk kepada buku teks.
1. Keupayaan kendiri
2. Pengetahuan dan kemahiran
3. Bahan dan komponen
4. Cara pembuatan
5. Kepentingan produk
6. Mesra alam.
BBM :
.Lakaran.
KBKK
Penyelesaian masalah
Nilai murni :
Kerjasama




Langkah 6
( 8 minit )
Pengukuhan
Pentaksiran modul 4.

Guru mengkehendaki setiap orang pelajar membina idea reka cipta mereka sendiri berdasarkan pengenalpastian masalah dan kaedah yang telah dibincangkan.Bagi pentaksiran modul 4 kriteria (4.1) untuk peperiksaan PMR.
BBM :
Buku teks dan buku rujukan.
KBKK
Berfikiran kritis dan kreatif
Nilai murni :
Berpengetahuan

Langkah 7
( 3 minit )
Penutup

Guru sekali lagi mengingatkan pelajar mengenai tugasan kerana akan diaplikasikan dalam kerja amali .
Mengedarkan kertas A4 kepada pelajar.
(Untuk menyiapkan tugasan)
BBM :
KBKK
Berfikiran kritis dan kreatif
Nilai murni :Berdikari