Pages

Saturday 11 February 2012

Cabaran menjadi seorang pendidik

Menjadi seorang pendidik merupakan cita-cita seseorang yang ingin melihat anak bangsanya berjaya. Tetapi apabila kita memasuki arena perguruan kita akan menghadapi pula permasalahan, kekadang kita keliru dengan keputusan kita. Memberontak apabila adanya kroni-kroni dalam kumpulan tertentu. Apalagi apabila hanya kita seorang dalam bidang P&P tersebut. Kita hanya mampu diletakkan dalam bidang tugas ajk yang sama apabila ada majlis-majlis rasmi tanpa mahu mengambilkira perasaan kita yang memberontak akibat jemu dengan tugasan yang sama. Mulalah timbul perasaan ingin bertukar ke tempat lain. Pihak pentadbiran atau pihak yang ditugaskan membuat ajk hanya hanya ingin memudahkan kerja copy paste sahaja dari tugas yang lepas tanpa mahu mengubah. Fikirkanlah cikgu yang telah bertahun-tahun pegang ajk yang sama... tidakkah ini menjemukan dan akibatnya kerja yang dibuat hala-balai... dah kena marah pula.... FIKIR-FIKIRKAN LAH.....
Tahniah di atas kejayaan semua pelajar C & I....