Pages

Tuesday, 25 June 2013

 Resepi Nasi Goreng Cina....
2 cawan nasi sejuk (Nasi semalam masak terlebih)
100gm isi ayam - potong kecil ( Jgn kecil sgt)
1/2 Biji lobak merah - potong dadu
2 batang kacang panjang- potong pendek-pendek ja...
2 Biji telur -ambil putih sahaja
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam
2 sudu makan minyak masak-utk menumis

Bahan Tumis
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan Hiasan
1/4 biji timun - Hiris nipis
2 sudu makan daun sup-hiris nipis
2 sudu makan daun bawang - hiris nipis
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 biji bawang merah -digoreng

Cara :
1.  Panaskan minyak - tumis bawang hinggga naik bau.
2.  Masukkan isi ayam, lobak merah dan kacang panjang
3.  Masukkan nasi, gaul rata. Ketepikan nasi.supaya ada ruang utk masukkan telur putih
4.  Masukkan putih telur kacau hingga masak.
5.  Gaul rata, tambah perisa dengan garam dan lada hitam.
6.  Hiaskan dengan bahan hiasan





 GAMBAR PERINGKAT PROGRAM KESUMA PERINGKAT SEKOALAH;



















Saturday, 22 June 2013

Taklim 2
Daripada jemaah India....menyatakan kaum ibu perlu sentiasa memberikan sokongan. Ya...menyokong dalam memperjuangkan Islam. Hari ini ALLAH membuka semula hati ku untuk pergi mendengar taklim buat kali ke dua...Semoga mendapat petunjuk...Walaupun kekadang sering terganggu oleh bisikan nafsu yang jahat...Minta Ampun Ya Allah
Taklim 1
Isteri dan anak-anak ditinggalkan untuk menjalankan dakwah ke jalan Allah (swt). Pada permulaannya sebagai seorang aku sering terkeliru dalam suasana baru ini. Kekadang terasa seperti sengaja ditinggalkan untuk aku memikul semua tanggungjawab....wajarkah kami isteri-isteri ditinggalkan..Memang sukar untuk bermujahadah. Bisikan syaitan membuatkan kami sering bergaduh setelah suami pulang. Sepatutnya suami syahid dalam perjuangannya. Itu yang perlu didoakan oleh isteri...Pakaian kita hari ini yakni saya seorang doktor, seorang guru, seorang ayah, seorang suami, harus kita tanggalkan seketika dan menggantinya dengan pakaian para sahabat yakni Syahid dan Bersiap-siap untuk Syahid. Kita harus kuat menempuh segala ranjau....Ya..ALLAH setelah engkau memberikan hidayah janganlah membolak-balikkannya. 

Kalau ada isteri yang rasa tidak keruan hati....cepat jauhkan dari suami buat sementara waktu...istighfar....diamkan diri. cari semula ketenangan...si suami pula setelah pulang berilah perhatian pada isteri...tapi bagi ku mendiamkan diri lebih baik....kadang-kadang bila suami tiada di rumah memang stress....sukar untuk ditafsirkan hati dan perasaan masing-masing...pandai-pandailah bawa diri. Sabar separuh dari iman......

Doa Rabitah

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ikatan-Nya ya Allah.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 
Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

Perginya seorang keluar di jalan Allah bukan untuk habiskan waktu di masjid, duduk2, dzikir, pegang tasbih, kalaulah ini yang dibuat maka ini adalah bentuk kezaliman terhadap keluarga. Tetapi para shahabat dahulu tinggalkan isteri berbulan-bulan bahkan ada Al Faruq ayah dari Rabi’ah Al Faruq seorang muhaddits telah tinggalkan isteri 27 tahun adalah untuk meninggikan kalimat Allah dengan berdakwah. 
Amalkan ayat : “Hendaklah ada di antara kamu umat (Ibnu Abbas mengartikan jemaah) yang mengajak kepada kebaikan, memerintah kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang mendapat kejayaan.” (QS Ali Imran) .
“Kejayaan Manusia Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW
” Insya Allah".